Semak tempat anda mengundi
Semak semula butiran anda dalam daftar pemilih dan pastikan maklumat tempat mengundi yang perlu dituju untuk anda membuang undi.
Bawa apa yang perlu dan datang awal!
Bawa kad pengenalan anda, dan pastikan kuku tidak dicat dan anda tidak memakai pakaian yang mempunyai logo atau simbol apa-apa parti. Pergi awal ke tempat mengundi untuk mengelakkan dari perlu beratur panjang!
Buang undi anda pada kertas undi
Apabila anda menerima kertas undi, semak nombor siri dan cop yang diperakui. Buang undi dengan menanda ‘X’ pada kolum bersebelahan calon pilihan anda dan kemudian masukkannya ke dalam kotak undi.