#Undi100Peratus adalah program perdana seluruh negara anjuran UNDI18 dengan kerjasama Undi Negaraku serta Architects of Diversity. Matlamat program ini adalah untuk membawa misi pendidikan pengundi belia ke peringkat akar umbi melalui pemerkasaan belia untuk membawa obor pendidikan pengundi belia dalam komuniti tempatan mereka masing-masing di seluruh Malaysia. Selain itu, program ini adalah platform untuk mewujudkan suasana politik baharu di Malaysia melalui cara perdebatan awam.
Program #Undi100Peratus juga merangkumi perekrutan dan pemerkasaan Perantis Demokrasi selangkah dengan debat awam yang akan melibatkan ahli politik belia diseluruh 5 wilayah serata Malaysia. Sebagai seorang Perantis Demokrasi, anda merupakan seorang pemangkin perubahan dan pendidikan pengundi dalam kalangan komuniti dan rangkuman sosial anda. Melalui program ini, kami berharap untuk memerkasakan Perantis-Perantis Demokrasi kita supaya aktif dalam wacana politik dan kemasyarakatan dan juga supaya komuniti-komuniti tempatan mereka juga mengerti kepentingan mengundi.
Kami sedang mencari anak muda Malaysia berumur 17-30 tahun yang mampu menjadi advokat, mendidik, dan memperkasa komuniti tempatan mereka tentang kepentingannya mengundi. Belia yang mempunyai aspirasi dan visi untuk Malaysia yang lebih sejahtera, dan yang mengerti bahawa Malaysia yang lebih makmur bermula di kotak undi dan undi anda, dialu-alukan untuk memohon sebagai seorang Perantis Demokrasi.
Di pengakhiran program ini, para peserta akan lebih faham tentang pelbagai jenis ilmu-ilmu berfaedah, termasuk:
1. Ilmu tentang pendidikan pengundi, demokrasi, dan komunikasi efektif
2. Kebolehan untuk memperkasa dan mendidik komuniti tempatan mereka tentang pendidikan pengundi
3. Elaun dan saguhati #Undi100Peratus