Mengapakah kita mengundi?

Pilihan raya memberi ruang kepada semua warganegara Malaysia melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Tidak kira siapa yang anda sokong dan apa yang anda mahu untuk Malaysia yang sejahtera, penting untuk anda mengundi dalam pilihan raya kerana anda berpeluang memilih calon dan kerajaan yang anda fikirkan layak mewakili kepentingan anda tentang isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.

Siapakah yang anda akan undi?

Pada hari mengundi, anda akan mengisi kertas undi dan memilih wakil pilihan anda. Kertas undi mengandungi nama calon dan partinya, dan pengundi perlu memilih dua calon - satu untuk kerajaan persekutuan (parlimen) dan satu lagi untuk kerajaan negeri (DUN).
Sebagai contoh
Jika anda mengundi di Kedah, anda akan mengundi di
P.004 Langkawi
N.01 Ayer Hangat
Calon dengan undi majoriti akan menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
*penduduk wilayah persekutuan hanya perlu mengundi untuk Ahli Parlimen sahaja.
AHLI PARLIMEN
Calon dengan undi terbanyak daripada setiap kerusi persekutuan
301 undi
230 undi
akan mengisi 222 kerusi di Dewan Rakyat dan dikenali sebagai Ahli Parlimen.
Dalam sidang parlimen, setiap ahli parlimen akan berdebat tentang kepentingan awam dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang negara.

Ahli parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang, dan meminda atau memansuhkan undang-undang sedia ada berdasarkan Perlembagaan Malaysia.
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
Seperti dewan parlimen, setiap 13 negeri di Malaysia turut mempunyai perlembagaan dan dewan undangan yang tersendiri.
Wakil rakyat yang dilantik akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan mempunyai kuasa untuk menggubal dan meminda undang-undang pada peringkat negeri.

Siapakah yang boleh membentuk kerajaan pusat?

Setiap daripada 222 ahli parlimen yang terdiri daripada pelbagai parti politik, dan parti atau gabungan parti yang memegang sekurang-kurangnya 50% kerusi di parlimen akan membentuk kerajaan pusat. Parti atau gabungan parti ini akan melantik pemimpin dari ahli parlimen mereka untuk menjadi Perdana Menteri, dan seterusnya kerajaan pusat akan dibentuk dengan senarai menteri.

Begitu juga untuk kerajaan negeri, parti atau gabungan parti yang memegang sekurang-kurangnya 50% kerusi akan melantik Menteri Besar dan membentuk pentadbiran peringkat negeri yang berasingan dari kabinet kerajaan pusat.

Siapakah yang mahu undi dari anda?

Calon pilihan raya terdiri daripada ahli politik yang memiliki idea serta dasar untuk kawasan mereka sendiri dan negara. Calon mungkin merupakan ahli parti politik, iaitu sebuah kumpulan yang berkongsi tujuan politik, dan bertanding dalam pilihan raya di bawah label parti. Parti-parti politik ini mungkin sebahagian daripada gabungan yang dibentuk oleh pakatan dari pelbagai parti.

Kenali parti politik dan gabungan parti politik utama di Malaysia:
Barisan Nasional (BN)
UMNO
PBRS
MIC
MCA
Pakatan Harapan (PH)
DAP
AMANAH
PKR
UPKO
Perikatan Nasional (PN)
BERSATU
GERAKAN
SAPP
STAR
PAS
Gabungan Parti Sarawak (GPS)
SUPP
PBB
PDP
PRS
Gerak Rakyat Sabah (GRS)
PBS
Others
MUDA
PEJUANG
PBM
WARISAN

Siapakah yang patut saya undi?

Kenali siapa yang anda undi ke Dewan Rakyat! Semak laman web ini untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai rekod pencapaian serta pautan ke halaman media sosial mereka dan maklumat untuk dihubungi.
Maklumat Lanjut